Thursday, January 1, 2009
Petua untuk mencantikkan kulit muka
gambar sekadar hiasan>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.
2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
licin.
3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang.
5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya
kulit muka akan cerah dan berseri.
6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat
kulit muka yang gebu dan licin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment