Sunday, January 4, 2009

LANTERA TIMUR

Album Review


Lentera Timur bertepatan sekali dengan namanya. Lentera yang merujuk kepada lampu yg bertutup dgn kaca atau pun juga rumah api (yg dipasang di pantai atau di laut) begitu jugalah harapan Siti terhadap album ini - mahu agar album ini dapat memberi cahaya penyelamat baru sedang lagu-lagu tradisional dilanda kemalapan dan terkapai-kapai dalam kegelapan dan lebih dari itu mengangkat lagu-lagu tradisional ke persada yang lebih tinggi



Usaha Siti wajar dipuji malah pendengar wajar berganding bahu membantu mengangkat seni bangsa. Penulis percaya adalah sukar sebenarnya untuk membuat pengorbanan pelaburan besar terhadap album penuh lebih-lebih lagi bergenre sebegini. Tambahan pula apabila industri muzik berdepan dengan cabaran muat turun secara percuma. Ditambah lagi dengan sokongan masyarakat terlalu rendah untuk muzik bergenre tradisional.



Sebuah album yang menenangkan, seronok untuk didengar dan kadang-kadang membuatkan rase tersengih gembira. Jika dibarat ada muzik Celtic maka Lentera Timur adalah lawannya. Mengapa disana berbangga dengan Enya dan disini tidak Siti? Dengan kata lain, album ini mencapai tahap mutu antarabangsa. Jika ingin perkenalkan muzik berakar melayu inilah albumnya. Tepat bagi Siti kerana memilih konsep Tradisonal Kontemporari dalam album ini, kerana dengan ini secara tidak langsung merentakkan Irama bangsa sesuai dengan alaf kini. Suatu naik taraf dan perubahan yang baik secara minimalis telah berlaku terhadap irama tradisional pada Lentera Timur.



Seperti album Hadiah Daripada Hati (2007) yang mempunyai konsepnya tersendiri inikan pula Lentera Timur (2008) yang sememangnya bergenre tradisional, pendengar tidak boleh mempunyai 'expectation' yang bukan-bukan. Serta tidak perlu mempunyai tanggapan pencipta-pencipta lagu yang popular masa kini akan menghasilkan masterpiece bila diberi lagu kepada Siti. Cuba hayati karya pencipta-pencipta lagu yang lain. Namun Siti adalah siti, diberi lagu apa pun pastinya meletakkan lagu tersebut ketempat selayaknya, jika artis lain pastinya hancur. Jika Hadiah Daripada Hati mampu menggenggam beberapa trofi di Anugerah Industri Muzik, termasuk Album POP Terbaik, pastinya Lentera Timur mampu melakukan yang sama.



Mungkin ada berkata penulis 'exaggerate' dalam memberi 'review'. Namun bagi penulis album ini telah mencapai tahapnya. Perlu faham, menghasilkan lagu tradisional bagi pencipta-pencipta masa kini adalah suatu yang sukar, hingga terpaksa MACP menganjurkan bengkel 3 hari semata-mata demi membantu Siti menghasilkan album tradisional disamping memastikan irama tradisional terus bernafas. Dengan 3 hari, ia suatu yang menakjubkan - 'what u aspect?' tanya diri anda.



Penulis percaya selepas ini pihak Kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan akan menggunakan album ini untuk perkenalkan budaya Melayu di luar sana. Pastinya juga lagu-lagu dalam album ini akan digunakan dimajlis-majlis perkahwinan Melayu. Setakat ini lima lagu top 5 kegemaran penulis tanpa ikut susunan adalah SENYUM MINANG MANIS, DI TAMAN TEMAN, CINTA INI, DI KAYANGAN KITA dan juga JOGET MENANTI KASIH. Belilah album original, pastikan lagu-lagu tradisional masih mampu bernafas dan terus hidup subur. Sokong produk buatan Malaysia :D


nak dgr preview lagu??.......sila ke>>

http://heatxchanger.blogspot.com/2009/01/lantera-timur-siti-nurhaliza.html


aku mls nak edit msk dlm blog aku ..hahahaa..

No comments: