Tuesday, December 29, 2009

FAKTA HARI INI #2#



Lagi 2hari sy akan berangkat pulang ke Bumi Kenyalang!

Pada yg menanti diSANA : Ye..sy akan pulang kembali!..cikgu rindu semua..

Pada yg menanti diSINI : Sabarlah...Insyaallah kite bersua lagi..i'll be missing u!


Biru Mata Hitamku #Part 2#


Tanya Pakar: Di sebalik kanta lekap

PENGGUNA kanta lekap perlu pasikan aspek kebersihan diutamakan setiap masa.

Mahu bergaya atau undang bahaya?


KETIKA mula diperkenalkan, kanta lekap tidak lebih daripada pengganti kaca mata. Golongan berkaca mata yang rimas menyarung 'teropong' mereka ini, boleh beralih kepada kanta lekap untuk mencari kelainan biarpun sukar melakukannya kali pertama.

Seiring perkembangan bidang optometri dan fesyen, kanta lekap sudah berubah fungsinya. Sekarang, kanta lekap berwarna makin popular digayakan ramai orang - baik golongan selebriti mahupun individu yang teringin tampil berbeza.

Kanta lekap kini sudah dianggap aksesori berbanding fungsi asalnya. Kanta lekap berwarna makin digemari pelbagai peringkat usia dan mudah didapati pada harga murah.

Akibat permintaan tinggi, ada pihak memandang mudah soal penjualan kanta lekap. Menurut prosedur betul, penjualan kanta lekap perlu dilakukan optometris bertauliah yang memeriksa mata pengguna terlebih dulu bagi menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap.

Namun, berbeza pula keadaannya sekarang. Kebanyakan pengguna lebih mementingkan produk murah berbanding aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap. Rata-rata mereka tidak merujuk kepada optometris sebelum mendapatkan kanta lekap. Malah ada yang membeli kanta lekap melalui internet dan pasar malam,

Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta.

Sehubungan itu, individu yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris bertauliah.

Bagi memberi penjelasan lanjut mengenai pemakaian kanta lekap, kolum Tanya Pakar menemubual Perunding Optometris, Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kata Prof Bariah, penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata cukup membimbangkan. Lebih teruk, katanya, ada pihak berkongsi kanta lekap dan menyewakannya kepada individu berbeza tanpa menyedari langkah itu mengundang padah.

Apakah fungsi kanta lekap sama dengan cermin mata?

Seperti cermin mata, kanta lekap adalah sejenis alat bantuan penglihatan. Cuma, berbeza dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat, kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata.

Bukan itu saja, ada juga kanta lekap yang berwarna. Kebanyakannya bukan hanya digunakan sebagai alat bantuan penglihatan sebaliknya sebagai kosmetik. Ini bertujuan menampakkan warna iris yang berbeza daripada asal.

Kanta lekap juga digunakan untuk tujuan terapeutik (rawatan) bagi sesetengah masalah mata. Antaranya myopia (rabun jauh), perbezaan tahap ketinggian rabun antara kedua-dua belah mata yang jauh berbeza (anisometropia) atau masalah mata silau yang agak serius.

Penyakit begini lebih sesuai dirawat dengan penggunaan kanta lekap khusus.



Apakah jenis kanta lekap yang ada di pasaran sekarang?

Secara ringkasnya, ada dua jenis kanta lekap iaitu kanta lekap lembut dan keras. Kebanyakan kanta lekap yang ada di pasaran sekarang adalah dari jenis lembut. Kanta lekap keras turut dipanggil RGP (rigid gas-permeable) yang diperbuat daripada plastik keras dan lebih tahan lama.

Kanta lekap jenis ini membenarkan oksigen melalui kanta dan tempoh hayatnya lebih lama. Cuma, ia tidak sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak.

Kanta lekap lembut pula kebanyakannya jenis pakai buang, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Kanta lekap begini lebih selesa, boleh mengubah warna mata dan boleh dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak manakala tempoh jam pemakaiannya lebih lama.

Adakah semua orang sesuai memakai kanta lekap?

Kanta lekap memang selamat selagi pengguna mendapat nasihat daripada optometris serta mengamalkan rutin penjagaan yang baik. Bagi yang mempunyai mata yang sihat, tidak ada masalah bagi mereka menggunakan kanta lekap.

Dari segi usia juga, tidak ada had usia untuk seseorang menggunakan kanta lekap. Ini kerana dari segi rawatan perubatan, ada kes di mana bayi diberikan kanta lekap terapeutik untuk merawat masalah pada mata mereka.

Namun, bagi sesetengah individu, misalnya mereka yang mempunyai mata jenis kering, menghidap sebarang jenis penyakit okular (mata), wanita mengandung atau mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius, tidak sesuai menggunakan kanta lekap. Ini kerana dalam keadaan seperti yang dinyatakan, mata mereka biasanya lebih sensitif, mudah berlaku edema dan sebagainya.

Sehubungan itu, pemakaian kanta lekap mungkin boleh menimbulkan komplikasi kepada mata mereka. Penilaian untuk menentukan penggunaan kanta lekap perlu dilakukan menggunakan lampu celah biomikroskop serta pemeriksaan dan nasihat mengenai penjagaan daripada optometris. Ini penting bagi mendapatkan pemasangan kanta lekap yang optimum.

Apakah penyebab masalah mata berpunca daripada pemakaian kanta lekap?

Antara punca yang lazim dilihat ialah amalan penggunaan kanta lekap itu sendiri. Ada individu menggunakan kanta lekap lebih daripada tempoh yang sepatutnya termasuk memakainya ketika tidur malam.

Memang dari segi keadaan fizikal, kanta lekap nampak masih elok tapi dari segi fungsi dan material, ia mungkin tidak lagi selamat digunakan. Ramai yang masih menggunakan kanta lekap biarpun tamat tempoh atas alasan tidak merasai apa-apa perubahan atau masalah.

Mereka seharusnya tahu, kesan masalah ini tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Kesannya akan berlaku dalam jangka panjang. Selain pemakaian yang melebihi tempoh sepatutnya, masalah juga boleh timbul daripada cucian dan simpanan kanta lekap yang tidak sempurna.

Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.

Justeru, bagaimanakah cara penjagaan kanta lekap yang betul?

Paling utama dalam penggunaan kanta lekap adalah kebersihan. Ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.

Kanta perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan.

Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya dan dari semasa ke semasa, jumpa optometris untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan.

Bagaimana jika seseorang memakai kanta lekap ketika berenang?

Sebenarnya, pemakaian kanta lekap ketika berenang tidak digalakkan kerana keadaan air kolam yang tidak begitu bersih boleh menyebabkan jangkitan. Sehubungan itu, mereka disaran memakai kanta lekap berserta dengan gogel.

Jika tidak mahu memakai gogel, mereka boleh memakai kanta lekap dengan syarat ia perlu ditanggalkan sebaik saja keluar dari kolam. Kanta lekap berkenaan perlu dicuci manakala mata pula perlu dibiarkan berehat sebelum memakai kanta semula.



Apakah rawatan yang biasanya diberikan kepada mereka yang mengalami masalah mata akibat penggunaan kanta lekap?

Ini bergantung kepada masalah yang dihadapi pesakit. Apabila berjumpa optometris, mereka harus ceritakan masalah mata yang mereka hadapi dan rutin pemakaian kanta lekap supaya punca boleh dikesan.

Bagi kebanyakan kes, pesakit biasanya akan diberikan ubat titis atau diberikan produk kanta lekap yang bersesuaian.

Akhir sekali, apakah nasihat kepada pengguna atau bakal pengguna kanta lekap?

Mata adalah organ yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memeliharanya dengan baik. Jika anda ingin memakai kanta lekap, dapatkan maklumat secukupnya terlebih dulu sebelum membelinya.

Pastikan anda mendapatkan kanta lekap daripada pihak yang bertauliah dan lakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kanta lekap sesuai. Seperkara lagi, amalkan rutin penjagaan yang betul dan berdisiplin untuk mengelak komplikasi yang boleh menimbulkan masalah pada penglihatan anda kemudian hari.

Pihak bertanggungjawab juga diharap dapat memantau dan mengawal penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah.



Tip

# Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

# Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

# Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

# Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

# Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.


Sumber : Berita Harian

(",):Bergaya perlu seiring dgn keutamaan kesihatan okey!

Sunday, December 27, 2009

Biru Mata Hitamku



Muda-mudi sekarang ini memang bijak bergaya seiring dengan perkembangan dunia fesyen dan kecantikan. Masing-masing tidak mahu kalah sesama sendiri. Kalau si A mempunyai skirt potongan terkini daripada MNG, si B juga akan pastikan dia mendapat skirt tersebut. Itu cerita fesyen pakaian. Bagaimana pula dengan aksesori?

Kali ini, sy mahu bercerita tentang kanta lekap, yang sudah boleh dikategorikan sebagai aksesori mata kerana ramai yang mengenakannya hanya untuk tujuan fesyen. Cuba perhatikan orang yang berada di sekeliling? Pasti ada individu yang memiliki warna mata yang bukan milik orang Asia seperti warna biru, hijau dan ungu. Ha! Ini menunjukkan populariti kanta lekap berwarna telah menjadi satu ikon fesyen khasnya di kalangan kaum wanita dan juga golongan selebriti.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli dan memakai kanta lekap, anda harus tahu beberapa perkara seperti cara pemakaian dan penjagaannya.

Jika ingin tampil berbeza dan menawan, kanta sentuh berwarna boleh merubah penampilan dan mood si pemakai. Bagaimanapun, kualiti produk seperti kekebalan kanta, struktur pewarnaan, dan bandingan air mempengaruhi keselesaan dan tempoh pemakaian. Selain itu, anda juga harus melakukan pemeriksaan mata sebelum memakai kanta lekap.



Tip memilih kanta lekap

Terdapat pelbagai pilihan dan jenama kanta lekap berwarna yang boleh dibeli. Jika ingin memakai kanta lekap berwarna, pemilihan warna bergantung kepada:
-warna asal mata
-warna kulit
-personaliti – individu yang berkarektor ‘daring’ lebih menyukai warna yang menonjol seperti biru, hazel dan turqoise
-pemilihan warna pakaian dan solekan.

Pilih jenis kanta lekap yang idealTerdapat tiga jenis kanta lekap iaitu single tone, double tone dan triple tone. Kanta lekap ‘single tone’ hanya terdiri daripada satu lapisan tona warna dan kelihatan kurang semulajadi. Kanta lekap ‘double tone’ pula terdiri daripada warna asas dan tona warna pupil (di sekeliling anak mata).

Sementara kanta lekap ‘triple tone’ terdiri daripada tona warna asas, warna pupil dan warna lingkaran luaran kanta (paling gelap). Jenis ‘triple tone’ akan mengalami perubahan warna secara beransur-ansur dan gabungan warna dengan warna asal mata lebih semulajadi.

Pilih yang selesa dipakai
Keselesaan kanta lekap berkait rapat dengan kandungan air. Lebih tinggi kandungan air, maka lebih nipis kanta lekap itu dan ini membuat pemakai terlupa yang dia sebenarnya sedang menggenakan kanta lekap.

Tip penjagaan dan pemakaian kanta lekap

Pastikan kanta lekap anda:
~bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan
~tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata
~selesa ketika memakainya

Ketika memakai kanta lekap, pastikan:
#basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta
#letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina
ulangi membilas kanta supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan
#letakkan kanta di atas jari telunjuk
buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas
#lekapkan kanta tersebut
#ulangi untuk kelopak mata sebelah kiri.

Sekiranya memakai alat solek:
>>gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap
>>jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata
>>pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik
>>basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap

Mencuci dan menyimpan kanta lekap:
*basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air
*keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan
*titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan
*bilas kanta tersebut dengan larutan salina
*tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan
*keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas
*rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta
*patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta
*Berjumpalah doktor atau pakar mata dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti sakit di dalam mata, penglihatan kabur, air mata keluar berlebihan, gatal-gatal dalam mata, dan terasa sakit di dalam mata secara tiba-tiba.





<>

(",): Mentransformasikan sesuatu ke muka sendiri!..salahkah??..hehe

Thursday, December 24, 2009

Wednesday, December 23, 2009

Masa depan akan dtg dgn sendirinya!



Salam~~

2-3 hari ni mls berganda nak menulis ape2 dlm blog ni..sbb ape?..ntah!..xbersebab!!..Tiba2 terbaca La Tahzan (bukan Tarzan ok) dan terasa nak write sesuatu..topic yg menarik tadi ialah MASA DEPAN AKAN DTG DGN SENDIRINYA..

Betullah ape yg tercatat dlm buku kecik tu..Masa depan akan dtg dgn sendirinye..Erm..jadi jgn lah kite lakukan sesuatu sebelum tiba masanye.Mahu ke kite lihat bayi yg belum cukup kandungan tu dilahirkan?..atau sanggupkan kite petik buah mangga yg baru nak berbuah msih hijau lagi?..tanpa menunggu buah itu masak dgn sendirinye baru kite petik..(pada sy elok la kite petik buah tu n then kite peram..jdi masaknye buah tu masak yg tak berulat kan??)..errm..pape jer..

Yg sy nk sharekan sedikit..kadangkala kite manusia sgt2 risau untuk menempuhi hari2 yg belum kite tempuhi..Hari esok adalah seuatu yg belum nyata dan dapat diraba; belum wujud dan tidak mempunyai rasa dan tidak memiliki warna.Kita tidak tahu.kita belum dapat merasakan lagi bagaimana terjadinye hari esok, ape terjadinye esok..malah kite juga belum tahu samada kita ada atau tidak esok!..Renungkan...

Lalu mengapa kite perlu menyibukkan diri kita dgn hari esok?mencemaskan diri kita dgn kesialan-kesialan yg mungkin kan terjadi padanya??Memikirkan kejadian-kejadian yg akan berlaku??..meramalkan bencana2 yg bakal ada didalam nye?..Mengapakah??Bukankah kita secara zahirnye tidak dpt mengetahui apakah kite akan merasai atau tidak hari esok yg kite sibukkan itu!...dan kite juga tak tahu hari esok kita itu berwujud keburukan atau kebaikan??..kita sebagai manusia selalu bersifat WASPADA. benarkah??atau kite terlalu berhati2 menghadapi hari esok?..Renungkann...

Kita selalu merasa risau yg tidak2 pada hari esok yg kita tidak tahu bagaimana wujudnya..padahal hari yg telah wujud ini kite tidak pon menghargai perginye..Ermm..kite sering membuat ramalan yg bukan2, perkhabaran seperti kelaparan, wabak penyakit,kemerosotan ekonomi dan sebagainye..padahal itu semua adalah sebahgian dari kurikulum yg di ajarkan di sekolah2 syaitan! (ambil sket ayat2 buku td)

Mereka yg menangis sedih menatap masa depan adaalah mereka yg merasakan merekalah org yg akan kelaparan hidupnye, menderita hidupnya!..Jgan lah kite meratapi masa depan yg mmg kite tak tahu bagaimana munculnye.Biarkan hari esok datang dengan sendirinye dan jgn lah kite menanyakan kabar beritanya..serta,jgnlah kite menunggu hari itu.Sbb hari ini anda sudah sgt sibuk! Jika anda hairan, maka lebih menghairankan lagi org2 yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit didalamnya dgn bersedih pada hari ini.Oleh kerana itu, hindarilah daripada berangan2angan sesuatu yg berlebihan! sekian.




(",): sila jgn berfikir sesuatu yg buruk lagi wahai cik penulis!..be strong! be positive!..semua org diberi kekuatan untuk apa jua keadaan!..u go girl!

Sunday, December 20, 2009

Persiapanku 29%


Salam semua..

Lagi beberapa mgu sy akan kmbali beragkat ke Srawak Bumi Kenyalang tmpat sy mncari rezeki.Kesian pd family sy yg sy tinggalkan ni..sbb ape kesian?..sbb kami dh sepakat menetapkan tarikh majlis pertunangan iaitu pd 14 Mac 2010..jika tiada aral melintang membujur dan segala mem lah..(Harap2 xubah tarikh lagi..sbb dgr2 En.Kimy seperti akan ke Japan plak..!)

Terasa kesian pada mak and abah bile sy tinggalkan mereka dan mengharapkan mereka menyiapkan segala persiapan untuk saya!..rileks!..b4 balik sana sy akan pasti kan yg penting2 akan settle dulu.

ok, nak buat cheklist kejap:

Tarikh dipersetujui = 14 Mac 2010
Andai ada sebarang perubahan akan ditunda.tapi diharap akan tiada sbrang penundaan tarikh memandangkan sy mempunyai masa yg terhad untuk itu(cuti sekolah adalah yg terbaik).tapi jika tidak dpt dielakkan maka perubahan akan dibuat..tapi kedua pihak menyetujui selewat2 nya pada Mei 2010.

Hantaran dipersetujui = 7dulang berbalas 9dulang
7 dulang dr pihak lelaki berupa:
** 2 bentuk cincin
** sirih junjung
** kek
** kain ela
** manisan chocolate
** Cek hantaran
** fruits

9 dulang dr pihak perempuan berupa:
** sirih junjung
** kek
** kain bj melayu
** manisan chocolate
** friuts
** ............
** ............
** ............
** ............

semua yg bertanda dot-dot-dot tu masih dlm perbincngan..hehehe..xtau ape nak bg!

Tema warna = hijau lumut + silver (perempuan)
lelaki msh xtetapkan lagi..ada suggestion Turquiose
Blue

Baju n Andaman = Butik Andaman Kak Ani,Dataran Senawang.
~~ok..bj dah ada n dah tempah!..(x design sendri sbb mase dah xsmpat..Manje kata if nak design or tempah kene awal 5bulan..so sbb dh xsempat..choose bj yg ada..(nnt kawen sy akan pastikan sy design sendri my own bj pengantin!hehe..)quit simple n nice.For me..majlis pertunangan xperlu too grand lah...simple n luk nice dh memadai..xperlu nak sesarat sgt baju tuh,so sy dh pilih baju yg simple.Siap dh test n posing lagi hr tuh..tp uupppss..Manje ckp..kene pakai girdle plak..perut nmpak!kain ala2 ikan duyung cm cite Dyesebel tu ketat kat punggung..haha....uikkk daku yg kerempeng ni pon nmpak perut?..ahaha..lawakss...tp the rest parts of the baju ok n ngam2..paling risau if lengan baju senteng!selalu nak beli baju siap mesti prob kat lengan n kain senteng! tapi..Alhamdulillah..kire tgn sy msh lagi kategori tgn wanita normal!ahahaa..sukeeeeeeee....sori xleh uplod pix baju...nnt xsuprise plak kan?..

color? dh tentu sy pilih yg ada hijau..
bertudung kah?..absolutely ya!bertudung..sugesstion from Manje pakai tudung Ariani..tp sy rs muka sy xsesuai dikenakan tudung Ariani..jadi sy amik tudung biasa yg akan di andam oleh emak Manje nnt...insyaalah Cun lah nnt..hehe..

Crown biasa ker butterfly crown??
~~BUTTERFLY CROWN lah!..cam cantek jer rerama melekap kat kepala..hehe..(Nnt nak mintak pndpt En.Tunang to be lah...)

mekap?
~~dah sewa baju tu complete with mekap.

how about my spectacles?..errmmm...still memikirkan..nak pakai ke x?mak pakai ke tak?? Manje kate, kalo pakai ok jer..tp bile nak bergambar nmpak kureng!..so xde pilihan kene cari n beralih pada sang contact lens ker?..Manje kata lagi,ada org sesuai ngan kontct lens..mata ok jer..ada yg xsesuai mata xleh trima nnt merah2..Saya?..ntah!!..belum n xpernah try!..so dlm ms 3 bulan ni(xsmpai 3bulan ok)..sy kene lah berjinak2 ngan kontact lens...hehe..Manje kata lg..nnt pilih la brownish color..nmpk cntek mate..heeehehee..but i still worry about my eyeback la pulokk..eyeback ke kite pggl?ala..yg bengkak bwh mata sbb kesan pakai spek tu lar...ermmm...don't worry..Manje kata mak dia akan mekap kan tutup sume kesan tu..ermmm..baru sy rase legaaaaaaaa.....

Kasot?
~~mn de pakai kasot..dlm umah kan??hehe..

Mini pelamin?
~~nnti mak buatkan!tau siap jer!

Hiasan Bilik?
~ beli cadar kaler hijau lumut ikot tema..kat ne?NILAI 3..All the bunga2 pon mak gubah!..don't worry..mak ada hidden talent!..thnks mama!muahhhh..

Bunga telur,beg goddie?
~ Nnti cari kat Nilai..atau if xsmpat pos jer duit mak settle..hehe..(mak lagi).
beg goddie tu nak kasi kat pihak lelaki yg dtg mkn2 nnti..ala dlm beg tu letak puding ker..bunga telur sket..sweets..ape2 lah...sume kecik2 tuh mak juga lah tu yg akan sediakan..sori mak..along pos ringgit jer..

Yg penting!..PENTING!
~~ SANG CINCIN laa..sbb nye bila sy dh balik sana bile plak en.Tunang to be sy nak beli??..kesian plak nnt sapa nak teman kan?lagi 1 saiz sy yg spesel sbb jari kecik ni sapa nak tolong test2? design dia?tu xpenting yg penting tu saiz lah..n En.Tunang to be ku ini nak daku ada sama masa membeli ok.FULLSTOP!..hehehe..ok..kami dh setuju nak g beli on dis weken (26th Dec 09) kat tempat yg sm masa beli cincin risik Habib Jewel @ Mydin Mlaka!(yeyyee..jln Melaka lah lagiiii..)Ok.Sekian.hehe



Hantaran yg buat= CikTi sy kat KL ngn kwn dia yg sgt baik hati nak sponsor..tenkiyu..tenkiyu..all the rebens n bungas, bebakul,raga,reben bulu ke hape ke....sume disiapkan oleh cik ct ku...tenkiyu..tenkiyu........sayang cik ti.............(mcm memahami keadaan daku di Sarawak ni susah nak bikin sendri..sob..sob..)

Photography?..
Errmm..agak2 perlu ker?..errmm..xpayah membazer..suh jer si Angah or Paan (adik sepupu eden kek kL)amek guna camera biasa n nnti sy yg akn edit sendri!..hehe..)..
CAMERA sy nye ada..tp mcm nak paw camera cikmeq n uncle su yg nampak lagi power thp ke'zoom'an nye....ok ke Cik mEQ n Uncle Su?..akan diberitahu kelak!

Upacara Majlis??
~~ok..mcm Angah hr tuh..tp sy akan igtkan en.Tunang to be supaya jgn terlalu lewat..letih tunggu!..lain2 akan di update kan kelak!..(xsure akan ada bacaan doa ke x pagi tu..)

Jemputan??
~~ Disettle kan oleh my parent gak..yg pasti semua kwn2 yg sy syg mesti dtg ok..u're most welcome dear!..Aisyah,Farah,Azri,Nek,Fika,Azmy,Az1,Kak Izan,..yg wajib wujud time tu..huauauaa.(bertunang xde kad ok..t jmpt sms jer..)lallaaa..

ok..nnti update lagi..sebab ni baru 29%..hahaha terlalu byk xsiap..nnti dah beli cincin ni jadilah 30% persiapan kite.haha..gotta go...tata~~



(",): amik keputusan bertunang sebab merasakan BERDUA LEBIH BAIK!..

Melankolik Jiwa



Keadaan sy menaip ni adalah separa normal..dlm erti kata lain otak xbp nak stabil!saya xnormal?kenapakah?kenapakah?

Ada byk yg sy fikirkan maka berlaku lah kekecamukkan(betul ke ejaan tuh?)jiwa pd mlm ni..atau mungkinkah sy dlm keadaan PMS?..owh..ada betul..ada tidak..sapa xtau PMS p lah bukak buku bio ker..

Sapa pon dlm dunia xde yg sempurna 100%!..sesempurna manapon kite akan ada sedikit ketidaksempurnaan yg samada kite boleh nmpak..ataupon yg hanye org lain yg nampak!tapi kite xperasan! Betul!Sila lah anda betulkan saya andai saya merepek meraban sesuatu yg xbenar ok!



Mcm mana nak jadi manusia yg sempurna?..bagaimanakah cara untuk kite menjadi sempurna dimata2 yg mengenali kita?Sila..silaa..saya mahukan itu!bile berkata mengenai sempurna..sy lebih gemar digelar manusia yg xsempurna kerana dgn itu sy akan gigih berusaha menjadikan sy lebih sempurna!

Kenapa sy rasa sy manusia paling teruk?tidaakkk!..sy xteruk! sy ok!..tp bile sy pikirkan sy ini sebenarnye manusia yg teruk!..Saya seperti tidak pandai manghargai org2 disekeliling sy! Ya!..saya akui itu...kelemahan sy yg sy xdpt katakan tidak!
bukan xpandai nak menghargai tetapi xreti nak menunjukkan penghargaan itu mungkin!
kadang kala manusia xperlukan tanda untuk dihargai.kadang kala ada manusia sy sukakan sesuatu untuk menunjukkan dihargai!.....Mcm sy?..sy xkesah pon jika tak mendapat apa2 sbgai tanda penghargaan..tidak pernah sy berbisik atau mengatakan ketidakpuasan hati bile ape yg sy lakukan tidak dihargai!

Tp ada sesetengah individu suka dihargai dgn cara memberi sesuatu sebagai tanda!..
Shabat..silalah kalian paham bhawa sy seorang yg xreti untuk menghargai anda!Pasti kalian yg bershabat dgn saya berasa rugi dan menyesal mempunyai sahabat seperti sy!..akan tetapi sy mempunyai satu jenis ingatan yg mana sy akan sentiasa mendoakan kalian! Pada sy itulah caranya saya menghargai kalian sebagai sahabat saya!Terukkah saya?!..



Melankolik jiwa sungguh sy mlm ini.bile sy mendapat penghargaan dari org tersayang,sy tiba2 merasa yg sy xpernah mmberi sesuatu input kepada org2 yg menghargai kehadiran saya! apakah dgn tidak memberi input maka sy akan kehilangan semua yg menghargai sy?Sy xmahu kan itu terjadi!..Sila..sila..silaa..silalah jgn terjadi ok!

Nampaknya saya ni seperti seorang yang sgt teruk!..aahh..(igtlah wahai lyndy: sebaik2 kejadian adalah manusia!..)cubalah menjadi yg terbaik diklngan terbaik!Hari ni sy melabelkan diri sy sebagai LYNDY YG TERUK!..Ok sy tahu sy sgt teruk!..kerana itulah diri sy yg sebenar.......

(",):minah ni pehal ntah?..weng2 plak mlm nih!sila abaikan penulisan di atas!

Friday, December 18, 2009

Kui..kui..kui..



Sy mmg xgemar bile....

....menghadiri kenduri time hujan!Ok.Fullstop!..kenapalah hujan plak..sian tuan umah pengantin kelam kabut!

Sebab?...
--bile hujan sejuk....bile sejuk..mls nak bgun siap..bile dh siap plak..mls nak gerak..bile dah gerak naik kete...mls nak turun kete...bile dh turun kete..mls nak buka payung..bila dh buka payung plak...mls nak pijak tanah lecak..bila dh pijak tanah lecak..abis lah kasot cantek kite!!..huahau..(gedikkss)

Jadi???...
--bile hujan jgn g kenduri..

Tapi??....
--nnti kenduri kite kalo ujan org xdtg ape kite rase??..org pikir yg sama mcm kite ape yg kite rase??..org mls nak dtg mjlis kite??ape kite rase??...mestilah sedih,sayu,pilu,xbesh,geram...eee...(kalian jgn berpikiran mcm sy ok!)

Maka dgn itu....
--pergilah kite ke majlis td..nasib baik mkanan sedap!..hehee..tenkiu tuan rumah sebab jempot kite yg malas nih!..Fullstop!



~~yg belakang tu adik kite yg lagi wat muke toye jer..ahaha...~~


~~sori..kalo muak jgn tgk lah..kite xde keje posing!~~


jgn salahkan hujan ok..ia hujan rahmat!...Alhamdulillah..


~~~uwekkkkkkk...~~

(",):bukan jauh pon kenduri tu ok..depan umah jer..xperlu naik kete lah!..saje jer!

Hijrahlah si MALAS!



Hijrah itu pengorbanan...
Hijrah itu perjuangan...
Hijrah itu persaudaraan...
Hijrah membentuk perpaduan...
Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar ISLAM
untuk sepanjang masa...

Salam Maal hijrah utk semua~~

Rs sgt berkobar2 bile kite menyanyikan bait2 lagu diatas.Betul x?ermm..sy mmg berkobar-kobar tu lebih kalo sesuatu yg melibatkan perjuangan!yey!

ok..sempena Maalhijrah sy igin mengucapkan Salam MaalHijrah buat beloved reader,fren n family tersyg!marilah kite sama2 berHIJRAH ke arah kebaikan!..caiyok!

kadang2 terpikir yg diri kite ni bukan sebaik2 atau yg terbaik!Nape??..Mak selalu merungut mcm2..bebel2..(sume mak mmg suke membebel ok..yg dh jd nenek pon kire 'bebeler' thp senior lah tu..)MALAS!..eRM..Penyakit berkaitan huruf M ni lah yg selalu menular dlm diri kite!..tp sebenarnye bukan lah Malas tu wujud secara sendiri..kalo kite punye semgat juang untuk menghindari diri dari penyakit MALAS maka xde lah MALAS tu bermaharajalela ok!..kdg2 sajer2 jer meMALASkan diri..contoh:jgn g jejauh lah,kite jer dh cukup..kalo hujung minggu lepak jer kat umah..bukan retilah nak meRAJINkan diri mengelap kipas ker..(tinggilah kipas tuh..MALAS nak pnjat!),trim rerumput yg secoet kat depan umah ker..(MALAS nak mencangkung lah!),cuci kete sendiri ker..(ala..carwash ada..lagi bersih sehh!),atau paling tidak,bersihkan tong sampah kat lua?..(oit..xkuasa..)




ahaaa..kite!sy!awk!korang!anda!..hah!..kite sume lah yg harus bijak mengwal thp keMALASan dlm diri!Tp sy mmg mengidap penyakit M ni dah lame.aarrgghhhh......xde ke jual ubat nak kurangkan penyakit M?..PIL MALAS?..BALM MALAS??..ataupon KAPSUL MALAS CAP ORG KMPUNG?..Xde ke??kalo da dh gerenti beli wat makan mcm mkn supplement vit c tuh..ahaha...tp PIL TIDO ada plak?...hehe..



Tapi kdg kala ada org malas yg bertenpat,ok lah tu..Contoh:MALAS nak shoping!(jimat duit)ada ker org pompuan yg MALAS bershoping?..tipulah!duit xde pon window shoping pon jadiklah labuuuu..ahaha..tu MALAS yg baik lah tu..cube lah semua wanita kat luar sana mengamalkan MALAS bershoping, errmmmmm...mmg korang leh kaye...hihi..tapi xbesh la plak..asek pakai baju lame je..kasot buruk jer..silap2 yg dalam2 tuh?..(oopppss..cabul mulut tuh!)



Ok,ape lah yg dibebelkan mcm mak nenek (mak+nenek lagi power bebel ni) sorg nih!..sempena MaalHijrah ni, kite peringatkan diri kite mengenai penyakit huruf M nilah!..kite nak lebih RAJIN!..tapi susah gak kalo yg RAJIN tuh di slahgunakan?..contoh: RAJIN tidor?..hahaaa...tak ke mendorong ke arah MALAS?hehe..ataupon RAJIN makan?..lagi mendorong ke arah keMALASan tuh..pas makan sila lah mengular!..cisss..TIDAKKKKKKK!..gunakan RAJIN dengan kata kerja yg positif yer kawan2..RAJIN MASAK,RAJIN MANDI,RAJIN KEMAS,RAJIN CABUT RUMPUT,RAJIN BACA BUKU,RAJIN KESEKOLAH!..

Ahahaa...RAJIN kesekolah!...lagi bp minggu semua warga pendidik mestilah pulang kepngkal jalan okeh..cekgu cekgee..jgn leka..tanggungjawab belum selesai!..ohooo!Hijrah itu perjuangan!..

So..kesimpulannye..(xtau cmne nak stop nih)..

marilah kite berhijrah kearah kebaikan..buang yg MALAS ,tanam RAJIN dlm diri byak!..semuga kite semua mendapat manfaat!..insyaAllah...tata..





(",): pepagi lagi mak dah mintak tolong alihkan kete,dh jwb..MALAS la mak...ngantok nak bgun!..ayooo..

Wednesday, December 16, 2009

~~romantika~~



Ahaa..

tajuk tu bukan nak cerita papepon..plis!plis!plis!..jgn pikir sy sgt romantik ok..atau nak cerita jiwangs..tidak! tidak! tidak!..(sy msh brutel seperti dulu..hehe..)cume nak share tntang kejutan yg sy dpt pagi ni..(xbp nak terkejut!)

En.kimo mmg menyahut cbran sy plak bile menghantar delivery bunga pg ni kat sy!..hehe..(sy selalu ckp kenapa dia xromantik??..bila la nak jd romantik???..hahaa..)ni kah yg dikategorikan lelaki romantik wahai sang wanita2 di luar sana?..ermm..u judge lah!..lain org lain peel..ahaha~~

so funny!..dia online upenye..florist on9 n pg td smpailah ke umah eden!..xterkejut sgt sbb dh dpt agak!ahaa~ neway..tenkiyu..tenkiyu lah..yeye!..dah lah si amoi..(bkn amoi..selayaknye mcm dh nyonya..haha) dia call sy xhenti2..

"Err..Cik Nur...TTJ di area mane yer rumah Cik Nur,"-amoi

"hah??!.sape nih?",- penulis

mmg xsempat kenalkan diri..tp sy dah tau sape..ahaha..En.kimo agak kurang cemerlang nak memeranjatkan saya!..melalui sms mlm td sy dh dpt tgkap ok!..hehe..

"ok..u tau Samsung x?..area Samsung then u turn left lah..after the junction tu ada ...",-penulis xsempat nak elaborate the place amoi menyampok lagi..

"ya..ya.. i noe Samsung..tapi dh turn left ni..ada kuil laa..kwsan Hin...",-amoi diam sbb sy dh memotong ckp amoi tuh..haha..i can read yor mind lah amoi..

"Hindi!..ya..betul dah tu...jln trus after dat u turn right plak!..nampak Family Store?..".

"ok..nanti i call u back Cik Nur! bAi..",-..uikkss...

sy yg tgh berkelamkabot di Bank td cepat2 balik la...aduh!..

last2 dia bagi bunga tu depan Taska jer..ehehe...

Tenkiu wahai en.Kimo...ahaha...


"1-4-3"...hehe


waa...colorful...i like..


terkejut la sket dpn gate umah after dpt bunga ni..


Thank u..thank u...

(",): ada rezeki len kali bagi lah ferrero plak bley x En.kimo??..hehe

Berpiknik!





Huarrghh...Morning to all~

Mmg xsesabar nak update blog pg ni.Bgn trus on9 mybank2u.com..Wah! dh msuk! Sang Gaji dah masuk!yey! tapi nape bonus tu mcm separuh jer?..cis!! Nmpknye kenelah berdikit2 bebelanja nih!..(dlm pale otak sy dh terbyng duit ke destinasi sepatotnye seperti mn setiap bulan terjadi!..Mostly mmg gajiku terbahagi2 ke destinasi2 tersendri 4 evry month!..mmg dh ada komitmen so jgn la nak berjoli sakan cik Lyndy!..bulan ni mcm nmpak gaya Si Neo tagih sesuatu dr sy.Ermm!..ya! sy jnji nak baiki lampu depan bulan ni! ada tak ada sy kene baiki ia!..sbr ek Neo!..n lg 1 my sewa rumah kat Srwak seperti sudah berganda sbb cuti skolah ni!..ooo..tidakkkk..lagi persiapan bertunang yg sy kene sediakan jg!(uhuuuu...mintak nyawa..mintak nyawa..)lagi...lagi..dan lagi....

Wooiiitt....ni dah lari dr topic!..(so excited bile bercerita bab gaji ok!)..tolak tepi jap semua yg memeningkan kepala otak tu!..mari berseronot dgn tajuk sebenar!

Semalam...! ye semalam! berpiknik bsama family tercintee..mane?.ala dekat jer!..tempat xpenting, yg penting objektif nye!..ahaks!(mcm wat Rph plak nak ada objektif2 ok!)..Eh..Mesti lah..sejak ada En.Kimo sy skrg terikot2 cara En.Kimo lah!..kalo nak buat sesuatu mesti ada objektif!(y too skema??..eeyeeeeekk..).Yelah! mesti! kalo x men hentam jer! tu yg rs xpuas hati!..(Errmm..betol gak tu..slame ni sy buat sesuatu mmg w/out objektif pon..contoh: g jusco xde objektif sebnar. bila wat refleksi smula mlm2 b4 tdo sy mula lah merungut n membebel mcm mak nenek duit habis lah!..rugi masa terbuang lah!...and bla..bla..bla..blaaaaa....(ahhh!Sudahh!! kamoo dh jauh merepek lagi nih!)...

So ceritanye g memandikan diri jer lah kat Pd...seronok gak!..nasib baik hari x hujan!Pns giler..so niat sy nak mandi terbantut plak..Membayangkan kulit pasti terbakar punye..(Aduh!..penat memjaga kulit spnjang cuti ni..)ahaa..so kejenye sy hanya berposing di sana sini sinun ditemani dak Ika yg persis artis!(Fyi, adik2 sy sume mcm artis ok!..)dak Ika pon terkinje2 nak mandi tapi dia ter...... plak..ermm..terbantot la sudah...

korang mesti dh lihat pix kami dlm FB kan?sbb smlm sy sgt lah kerajinan yg cemerlang mang hapdet pix di sana!..well, teak legkap rs nye blog ni w/out pix kan?..nak xnak sy nak gak uplod more pix dlm blog ni!(SILA LAH ANDA TUTOP IF DAH TERASA MUAK MELIHAT AKSI SY DI TELUK KEMANG OK!...)Hehehe...


Tu dia...mandi smbil main bola..siap mengacau org yg xmandi..


menten..tp hati melonjak nak mandi..mcm lah xtau..


bersantai smbil bergusip kah?...


ada org kata pix ni sy mcm pramugari laut??..uikkss..


ni lah dia gaya org berkaca mata nak berkaca mata lagi!..


menopi sebentar!.


membayang2kan diri..ermm..comey lah pulok..(perasan)


rendam kaki jer..alamakkk rugi deh kamu..


cantik tak shadow tuh?..creative nye kami...(perasan lagi)


suka pemandgan disini lalu berposing lagi..


aikkss..mak ker??


macam artis kah?..(lagi perasan ok)


ensem nye koboi nih..


ni org dh nak balik masih men bola lagi..


okeh..babai..jumpa lagii...


(",): mmg suka pantai..kalo xkerna jaga kulit mmg dh mandi xhengat dunia..hehe