Sunday, December 27, 2009

Biru Mata Hitamku



Muda-mudi sekarang ini memang bijak bergaya seiring dengan perkembangan dunia fesyen dan kecantikan. Masing-masing tidak mahu kalah sesama sendiri. Kalau si A mempunyai skirt potongan terkini daripada MNG, si B juga akan pastikan dia mendapat skirt tersebut. Itu cerita fesyen pakaian. Bagaimana pula dengan aksesori?

Kali ini, sy mahu bercerita tentang kanta lekap, yang sudah boleh dikategorikan sebagai aksesori mata kerana ramai yang mengenakannya hanya untuk tujuan fesyen. Cuba perhatikan orang yang berada di sekeliling? Pasti ada individu yang memiliki warna mata yang bukan milik orang Asia seperti warna biru, hijau dan ungu. Ha! Ini menunjukkan populariti kanta lekap berwarna telah menjadi satu ikon fesyen khasnya di kalangan kaum wanita dan juga golongan selebriti.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli dan memakai kanta lekap, anda harus tahu beberapa perkara seperti cara pemakaian dan penjagaannya.

Jika ingin tampil berbeza dan menawan, kanta sentuh berwarna boleh merubah penampilan dan mood si pemakai. Bagaimanapun, kualiti produk seperti kekebalan kanta, struktur pewarnaan, dan bandingan air mempengaruhi keselesaan dan tempoh pemakaian. Selain itu, anda juga harus melakukan pemeriksaan mata sebelum memakai kanta lekap.



Tip memilih kanta lekap

Terdapat pelbagai pilihan dan jenama kanta lekap berwarna yang boleh dibeli. Jika ingin memakai kanta lekap berwarna, pemilihan warna bergantung kepada:
-warna asal mata
-warna kulit
-personaliti – individu yang berkarektor ‘daring’ lebih menyukai warna yang menonjol seperti biru, hazel dan turqoise
-pemilihan warna pakaian dan solekan.

Pilih jenis kanta lekap yang idealTerdapat tiga jenis kanta lekap iaitu single tone, double tone dan triple tone. Kanta lekap ‘single tone’ hanya terdiri daripada satu lapisan tona warna dan kelihatan kurang semulajadi. Kanta lekap ‘double tone’ pula terdiri daripada warna asas dan tona warna pupil (di sekeliling anak mata).

Sementara kanta lekap ‘triple tone’ terdiri daripada tona warna asas, warna pupil dan warna lingkaran luaran kanta (paling gelap). Jenis ‘triple tone’ akan mengalami perubahan warna secara beransur-ansur dan gabungan warna dengan warna asal mata lebih semulajadi.

Pilih yang selesa dipakai
Keselesaan kanta lekap berkait rapat dengan kandungan air. Lebih tinggi kandungan air, maka lebih nipis kanta lekap itu dan ini membuat pemakai terlupa yang dia sebenarnya sedang menggenakan kanta lekap.

Tip penjagaan dan pemakaian kanta lekap

Pastikan kanta lekap anda:
~bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan
~tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata
~selesa ketika memakainya

Ketika memakai kanta lekap, pastikan:
#basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta
#letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina
ulangi membilas kanta supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan
#letakkan kanta di atas jari telunjuk
buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas
#lekapkan kanta tersebut
#ulangi untuk kelopak mata sebelah kiri.

Sekiranya memakai alat solek:
>>gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap
>>jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata
>>pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik
>>basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap

Mencuci dan menyimpan kanta lekap:
*basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air
*keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan
*titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan
*bilas kanta tersebut dengan larutan salina
*tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan
*keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas
*rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta
*patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta
*Berjumpalah doktor atau pakar mata dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti sakit di dalam mata, penglihatan kabur, air mata keluar berlebihan, gatal-gatal dalam mata, dan terasa sakit di dalam mata secara tiba-tiba.





<>

(",): Mentransformasikan sesuatu ke muka sendiri!..salahkah??..hehe

2 comments:

shashazura said...

interesting!
its good to share with.
:D

Lynda said...

yah..ekceli ni aku paste from 1 website..penat nak taip so paste jer..