Showing posts with label Canteekkk... Show all posts
Showing posts with label Canteekkk... Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Habib Jewel -TERBAEK!


Selamat mlm!
Habib Jewel- TERBAIK...
Status kt fb -owhhh ye..sy hanya percaya Habib Jewel...TERBAEK! ♥♥



Errmm...
bunyi mcm sombong!
eh tidak lah!
mmg benar..sy hanya percaya emas Habib Jewel!
sbb ia terbaek pd sy..
cantik n lain dr yg lain design nye!

kenapa pompuan suka emas?
lelaki?
suka kot tapi haram dipakai ok!
pompuan usia mcm aku ni kalo suka emas mcm pelik plak kan?
biasanye wanita meningkat dewasa peringkat tinggi yg mmg gilos emas!
xcaya?
tanye mak aku!
tnya mak korang sume!
ada x yg xde emas?
bohong la xde..
even semiskin mane pon mesti ada seutas walupon halus..
owh..
aku bukan penggila emas utk makluman!
ada atau xde kewujudannye aku xbp nak kesah
ada pon bgus!xde pon aku xkesah!

org kata bagus melabur duit beli emas ni..utk kegunaan ms susah!
owh..amat xsetuju penyataan tuh..
beli emas utk dijual?
baik beli jongkong emas jer..
ermm..hari tu kan,ms sibuk2 nak beli cincin tunang...
ade lah en.tunang aku tu mengade2 tnye price jongkong emas!
"hai..awak nak beli cincin ke jongkong ni??"
then salesman Habib tu pon mula lah cerita-ceriti pasal that jongkong emas!
aku sungguh xminat!
errmm....sbb aku xsuke beli untuk dijual..
hak milik xmutlak tuh..
miahahaaa..


mak aku kata beli emas ni bagus..
bukan je nak melawa..tp ms2 susah ia berguna!
ermm..tu mmg ada relevan la kan..
aku terpaksa akur penyataan ni jugak akhirnya!
sbb ia mmg benar! ahakkss!
memajakgadai!..=)
tp jgn tak tau emas byk2 kalo xdipakai kene byr zakat tau..
haa..tu aku xdpt nak elobrate sgt..takot terslh info plak..
tnye ustazah k!
so..sape2 yg byk emas..jgn malu2 nak pakai..
pakai ler emas2 anda..
mcm makcik2 yg suke tyg emas ms mjlis kawen..
liplapliplap gituuu...
jgn terover plak smpai menyilaukan mata penyamun plak..
hati2 k...si pemakai emas perhatian penyamun ok!!


hehehe..ni PENYAMUN hatiku..lalalaa..




tgan tu tangan saye!!


ya..semestinye HABIB JEWEL pilihanku!



Monday, February 22, 2010

d'Sponsor #Part 2#

salam malam..
keh!..keh!..keh!!!
(ketawa cam jin plak!)
sgt epy sbb kelas dh cantek!
walaupon xla sgt-sgt-sgt-sgt cantek..
tapi
dah ade perubahan
sekurang2 nye..
ticer2 nak ngaja akan rs 'selesa' la sket mata!
(hikhikhik...)
TENGSSSSSSSS...
TERIMA KASEH..
TOCE-TOCE..
ARIGATOGOZAIMASU..
NANDRI..
SHIESHIE..
Haaaa..
semua lah bhasa yg menyatakan terima kaseh dh ditaip!
op kos la kepada encik yg baik hati lagi budiman
SPONSOR sedikit tp besar ertinye pd KAMI..
tak lain & tak bukan la kaannn..
op kos la
yang sorang ni..
my lovey dovey & chubby
encik MHD KHAIRMY.
saya sayang awak!
=)
tweet-tweet!!
jelozz?!!
carila seorang yg budiman seperti beliau
nescaya anda akan rase ape yg saya rasa sekarang
HAPPY kuasa empat!
malah lebih!
-sekian-

tengsssss....alalalaa..maluuu..
::SEBELUM & SELEPAS transformasi::


5Bestari yang makin cantek...yeahh!!yeahh!!


SEBELUM...langsung korang xpedulikkan ticer amik pic ni ekk!


SELEPAS...haaa..tengok!..siap pusing2 kepala korang bile kelas dh lawooo!




SEBELUM..mak aih..sumbong nye bebudok ni semua...nyampess!=(


SELEPAS...amboi korang...dh lawa baru nak posing pndg camera ticer ekk!!

SEBELUM....ermm..gni lah rupe depan kelasku..



SELEPAS....ada sket keceriaan kan?..

SEBELUM..sadis je mcm pas banjir!


SELEPAS...wah!..penuh board kat belakang tuu..

Sunday, February 21, 2010

stylo men'stylo'!







cam memey keluar dr court??

aakkk..xkuase!
cam ekin mawi?
ermm..bule laar.. (perahsan ok!)

ehehe..gegatal uplod pix sendri..
miahahaa..
ubah styl sekali sekale..
N.I.T.E
=)



Saturday, January 30, 2010

luv ya hair!

pg ahad yg buh-san!
wala wey..xsbr nak balik lagi 2weeks ni..


xsabar..
xsabar..
xsabar..

boleh x hr ni nak post entry pasal rambut..
smlm baru terperasan hosmet cut n straighten rmbut.so sweet.bile org buat nmpak santek.tp bile sendri buat mesti ntahape2..ehehe..

sbbkan rambut ku bermsalah so niat nk 'streten' tu sering dipusing balikkan lalu xjadilah.kesian pd rambut ku.dh lah rusak.lagi teruk la kalo di iron.sure rambut menangis saket.owh..tidak!!..sy bukan nak siksa rmbut sendri.tp bile tgk org buat hati rase TERUJA ok!..zaman muda2 gni lah nak bergaya.sy masih muda ok.muda lagi!walaupon bertudung.bukan lah selalu bertudung kat umah pon kan?errmm..(sedang pikir lagi..)..

Hari tu nak kaler.semangat kekobar tahap cipan dah.siap dh masuk salun dah nak buat.tetiba ada fren ingatkan.errmm..bagus juga ada kawan yg igtkan hukum mewarna rambut.bule tapi nanti air sembahyang xlalu n jadinye sembhyang xsah.eh..mn ada org amik air sembahyang smpai basuh rambut kan? betul.tapi bile time dtg bulan la..nak mandi wjib bukan ker kene 1 badan untuk disahkan BERSIH!..Errmm..yaa..betul tuh..JAHIL jugak sy ni.THANKS fren! last2..smpai sekaranglah rambutku kekal hitam berkilau bak model iklan shampoo..(berangan la kamoo..)

ahaaa...salu jer niat yg kekobar tuh xjadi kan?..ahaa..org kata len kali nak buat tu,buat jer.kalo mintak pendapat org mmg lah.kawan tu sekadar mengingti kite jer.tanggungjawab seorang kawan lah tu.ahaaa..tp xpe lah.xnak tempah dosa ok.cukup lah dosa2 yg ada tu ntah terampun ke tidak kan?..(mcm la jahat sgt si penulis nih)..sume org pon berdosa ok..besar kecik jer.ahaaa..tp kalo org xberdosa tu dh mcm para nabi2 plak.terpelihara dari sebarang dosa.ehehe..

ok nak layan pic rambut2 omputih ni..zass









okeh..tu jer!

(",): perahsan kejap nak dpt rambut yg sehat menawan!agagaaa..(perasan ok per!)

Tuesday, December 29, 2009

Biru Mata Hitamku #Part 2#


Tanya Pakar: Di sebalik kanta lekap

PENGGUNA kanta lekap perlu pasikan aspek kebersihan diutamakan setiap masa.

Mahu bergaya atau undang bahaya?


KETIKA mula diperkenalkan, kanta lekap tidak lebih daripada pengganti kaca mata. Golongan berkaca mata yang rimas menyarung 'teropong' mereka ini, boleh beralih kepada kanta lekap untuk mencari kelainan biarpun sukar melakukannya kali pertama.

Seiring perkembangan bidang optometri dan fesyen, kanta lekap sudah berubah fungsinya. Sekarang, kanta lekap berwarna makin popular digayakan ramai orang - baik golongan selebriti mahupun individu yang teringin tampil berbeza.

Kanta lekap kini sudah dianggap aksesori berbanding fungsi asalnya. Kanta lekap berwarna makin digemari pelbagai peringkat usia dan mudah didapati pada harga murah.

Akibat permintaan tinggi, ada pihak memandang mudah soal penjualan kanta lekap. Menurut prosedur betul, penjualan kanta lekap perlu dilakukan optometris bertauliah yang memeriksa mata pengguna terlebih dulu bagi menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap.

Namun, berbeza pula keadaannya sekarang. Kebanyakan pengguna lebih mementingkan produk murah berbanding aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap. Rata-rata mereka tidak merujuk kepada optometris sebelum mendapatkan kanta lekap. Malah ada yang membeli kanta lekap melalui internet dan pasar malam,

Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta.

Sehubungan itu, individu yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris bertauliah.

Bagi memberi penjelasan lanjut mengenai pemakaian kanta lekap, kolum Tanya Pakar menemubual Perunding Optometris, Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kata Prof Bariah, penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata cukup membimbangkan. Lebih teruk, katanya, ada pihak berkongsi kanta lekap dan menyewakannya kepada individu berbeza tanpa menyedari langkah itu mengundang padah.

Apakah fungsi kanta lekap sama dengan cermin mata?

Seperti cermin mata, kanta lekap adalah sejenis alat bantuan penglihatan. Cuma, berbeza dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat, kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata.

Bukan itu saja, ada juga kanta lekap yang berwarna. Kebanyakannya bukan hanya digunakan sebagai alat bantuan penglihatan sebaliknya sebagai kosmetik. Ini bertujuan menampakkan warna iris yang berbeza daripada asal.

Kanta lekap juga digunakan untuk tujuan terapeutik (rawatan) bagi sesetengah masalah mata. Antaranya myopia (rabun jauh), perbezaan tahap ketinggian rabun antara kedua-dua belah mata yang jauh berbeza (anisometropia) atau masalah mata silau yang agak serius.

Penyakit begini lebih sesuai dirawat dengan penggunaan kanta lekap khusus.



Apakah jenis kanta lekap yang ada di pasaran sekarang?

Secara ringkasnya, ada dua jenis kanta lekap iaitu kanta lekap lembut dan keras. Kebanyakan kanta lekap yang ada di pasaran sekarang adalah dari jenis lembut. Kanta lekap keras turut dipanggil RGP (rigid gas-permeable) yang diperbuat daripada plastik keras dan lebih tahan lama.

Kanta lekap jenis ini membenarkan oksigen melalui kanta dan tempoh hayatnya lebih lama. Cuma, ia tidak sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak.

Kanta lekap lembut pula kebanyakannya jenis pakai buang, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Kanta lekap begini lebih selesa, boleh mengubah warna mata dan boleh dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak manakala tempoh jam pemakaiannya lebih lama.

Adakah semua orang sesuai memakai kanta lekap?

Kanta lekap memang selamat selagi pengguna mendapat nasihat daripada optometris serta mengamalkan rutin penjagaan yang baik. Bagi yang mempunyai mata yang sihat, tidak ada masalah bagi mereka menggunakan kanta lekap.

Dari segi usia juga, tidak ada had usia untuk seseorang menggunakan kanta lekap. Ini kerana dari segi rawatan perubatan, ada kes di mana bayi diberikan kanta lekap terapeutik untuk merawat masalah pada mata mereka.

Namun, bagi sesetengah individu, misalnya mereka yang mempunyai mata jenis kering, menghidap sebarang jenis penyakit okular (mata), wanita mengandung atau mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius, tidak sesuai menggunakan kanta lekap. Ini kerana dalam keadaan seperti yang dinyatakan, mata mereka biasanya lebih sensitif, mudah berlaku edema dan sebagainya.

Sehubungan itu, pemakaian kanta lekap mungkin boleh menimbulkan komplikasi kepada mata mereka. Penilaian untuk menentukan penggunaan kanta lekap perlu dilakukan menggunakan lampu celah biomikroskop serta pemeriksaan dan nasihat mengenai penjagaan daripada optometris. Ini penting bagi mendapatkan pemasangan kanta lekap yang optimum.

Apakah penyebab masalah mata berpunca daripada pemakaian kanta lekap?

Antara punca yang lazim dilihat ialah amalan penggunaan kanta lekap itu sendiri. Ada individu menggunakan kanta lekap lebih daripada tempoh yang sepatutnya termasuk memakainya ketika tidur malam.

Memang dari segi keadaan fizikal, kanta lekap nampak masih elok tapi dari segi fungsi dan material, ia mungkin tidak lagi selamat digunakan. Ramai yang masih menggunakan kanta lekap biarpun tamat tempoh atas alasan tidak merasai apa-apa perubahan atau masalah.

Mereka seharusnya tahu, kesan masalah ini tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Kesannya akan berlaku dalam jangka panjang. Selain pemakaian yang melebihi tempoh sepatutnya, masalah juga boleh timbul daripada cucian dan simpanan kanta lekap yang tidak sempurna.

Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.

Justeru, bagaimanakah cara penjagaan kanta lekap yang betul?

Paling utama dalam penggunaan kanta lekap adalah kebersihan. Ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.

Kanta perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan.

Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya dan dari semasa ke semasa, jumpa optometris untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan.

Bagaimana jika seseorang memakai kanta lekap ketika berenang?

Sebenarnya, pemakaian kanta lekap ketika berenang tidak digalakkan kerana keadaan air kolam yang tidak begitu bersih boleh menyebabkan jangkitan. Sehubungan itu, mereka disaran memakai kanta lekap berserta dengan gogel.

Jika tidak mahu memakai gogel, mereka boleh memakai kanta lekap dengan syarat ia perlu ditanggalkan sebaik saja keluar dari kolam. Kanta lekap berkenaan perlu dicuci manakala mata pula perlu dibiarkan berehat sebelum memakai kanta semula.



Apakah rawatan yang biasanya diberikan kepada mereka yang mengalami masalah mata akibat penggunaan kanta lekap?

Ini bergantung kepada masalah yang dihadapi pesakit. Apabila berjumpa optometris, mereka harus ceritakan masalah mata yang mereka hadapi dan rutin pemakaian kanta lekap supaya punca boleh dikesan.

Bagi kebanyakan kes, pesakit biasanya akan diberikan ubat titis atau diberikan produk kanta lekap yang bersesuaian.

Akhir sekali, apakah nasihat kepada pengguna atau bakal pengguna kanta lekap?

Mata adalah organ yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memeliharanya dengan baik. Jika anda ingin memakai kanta lekap, dapatkan maklumat secukupnya terlebih dulu sebelum membelinya.

Pastikan anda mendapatkan kanta lekap daripada pihak yang bertauliah dan lakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kanta lekap sesuai. Seperkara lagi, amalkan rutin penjagaan yang betul dan berdisiplin untuk mengelak komplikasi yang boleh menimbulkan masalah pada penglihatan anda kemudian hari.

Pihak bertanggungjawab juga diharap dapat memantau dan mengawal penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah.



Tip

# Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

# Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

# Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

# Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

# Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.


Sumber : Berita Harian

(",):Bergaya perlu seiring dgn keutamaan kesihatan okey!

Sunday, December 27, 2009

Biru Mata Hitamku



Muda-mudi sekarang ini memang bijak bergaya seiring dengan perkembangan dunia fesyen dan kecantikan. Masing-masing tidak mahu kalah sesama sendiri. Kalau si A mempunyai skirt potongan terkini daripada MNG, si B juga akan pastikan dia mendapat skirt tersebut. Itu cerita fesyen pakaian. Bagaimana pula dengan aksesori?

Kali ini, sy mahu bercerita tentang kanta lekap, yang sudah boleh dikategorikan sebagai aksesori mata kerana ramai yang mengenakannya hanya untuk tujuan fesyen. Cuba perhatikan orang yang berada di sekeliling? Pasti ada individu yang memiliki warna mata yang bukan milik orang Asia seperti warna biru, hijau dan ungu. Ha! Ini menunjukkan populariti kanta lekap berwarna telah menjadi satu ikon fesyen khasnya di kalangan kaum wanita dan juga golongan selebriti.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli dan memakai kanta lekap, anda harus tahu beberapa perkara seperti cara pemakaian dan penjagaannya.

Jika ingin tampil berbeza dan menawan, kanta sentuh berwarna boleh merubah penampilan dan mood si pemakai. Bagaimanapun, kualiti produk seperti kekebalan kanta, struktur pewarnaan, dan bandingan air mempengaruhi keselesaan dan tempoh pemakaian. Selain itu, anda juga harus melakukan pemeriksaan mata sebelum memakai kanta lekap.



Tip memilih kanta lekap

Terdapat pelbagai pilihan dan jenama kanta lekap berwarna yang boleh dibeli. Jika ingin memakai kanta lekap berwarna, pemilihan warna bergantung kepada:
-warna asal mata
-warna kulit
-personaliti – individu yang berkarektor ‘daring’ lebih menyukai warna yang menonjol seperti biru, hazel dan turqoise
-pemilihan warna pakaian dan solekan.

Pilih jenis kanta lekap yang idealTerdapat tiga jenis kanta lekap iaitu single tone, double tone dan triple tone. Kanta lekap ‘single tone’ hanya terdiri daripada satu lapisan tona warna dan kelihatan kurang semulajadi. Kanta lekap ‘double tone’ pula terdiri daripada warna asas dan tona warna pupil (di sekeliling anak mata).

Sementara kanta lekap ‘triple tone’ terdiri daripada tona warna asas, warna pupil dan warna lingkaran luaran kanta (paling gelap). Jenis ‘triple tone’ akan mengalami perubahan warna secara beransur-ansur dan gabungan warna dengan warna asal mata lebih semulajadi.

Pilih yang selesa dipakai
Keselesaan kanta lekap berkait rapat dengan kandungan air. Lebih tinggi kandungan air, maka lebih nipis kanta lekap itu dan ini membuat pemakai terlupa yang dia sebenarnya sedang menggenakan kanta lekap.

Tip penjagaan dan pemakaian kanta lekap

Pastikan kanta lekap anda:
~bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan
~tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata
~selesa ketika memakainya

Ketika memakai kanta lekap, pastikan:
#basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta
#letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina
ulangi membilas kanta supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan
#letakkan kanta di atas jari telunjuk
buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas
#lekapkan kanta tersebut
#ulangi untuk kelopak mata sebelah kiri.

Sekiranya memakai alat solek:
>>gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap
>>jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata
>>pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik
>>basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap

Mencuci dan menyimpan kanta lekap:
*basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air
*keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan
*titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan
*bilas kanta tersebut dengan larutan salina
*tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan
*keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas
*rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta
*patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta
*Berjumpalah doktor atau pakar mata dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti sakit di dalam mata, penglihatan kabur, air mata keluar berlebihan, gatal-gatal dalam mata, dan terasa sakit di dalam mata secara tiba-tiba.





<>

(",): Mentransformasikan sesuatu ke muka sendiri!..salahkah??..hehe